Wednesday, June 24, 2009

Kangen

Since few month lately till now aku sering dengar plan percutian ke Jakarta. For so many reason ramai yg tanya aku if aku nak join dioarg. Tiket penerbangan yang murah, beautifull places, shoppings heaven, great culture n lifestyle dan etc.... mcm2 alasan nak ajak aku gi bercuti ke sana termasuk la betapa boleh bermanja ngan cowok2 indon yg ganteng.... but sorry guys aku dah pergi pun Jakarta dan Bandung MAC 2009 (few month sudah).... walaupun dah beberapa bulan berlalu tp masih segar lagi utk dikongsi.... pengalaman dan gambaran semasa di sana masih jelas sementelah itulah kali pertama aku jejak kaki ke luar negara (nak g pijak salji lambat lagi kot.....).
Penerbangan malam Air Asia (thanks to make everyone can fly) 26/03/09 bersama Amal dan Dany buat aku lebih excited nak tgk sendiri mcm manalah rasanya berada d Indonesia... Penginapan pertama di Grand Tropic Suites amat menyenangkan apalagi bilik yg aku booked melalui travel agency d Kuching (thanx Melissa of sun travel) dinaiktaraf ke eksekutif.... Apartmen 2 bilik serba lengkap make a very good first impression about Jakarta. Ketibaan yg telah lewat, kami hanya berehat di bilik untuk persiapan ke Bandung keesokan nya. Lepak2 mengenal wang Rupiah Indonesia buat aku rasa betapa mewahnya diri ini menggenggam jumlah jutaan...
Keindahan pagi di Jakarta membuat aku lebih berkobar2 untuk perjalanan ke Bandung menaiki keretapi eksekutif. Perjalan 2 jam lebih ini menyajikan aku dgn view yg buat aku rasa tenang sambil dengar cerita dari Ani (ani jati Jakarta) kebetulan duduk disebelah. Sedikit terganggu dgn keasyikan Ani bercerita membuat penghayatan ku pada panorama kampung tani di kawasan pergunungan yg berbukit.Bbut anyhow nyata keramahan Ani jgk memberi aku info berguna.

Train Station

Paddy field

Nice view on my way from Jakarta to Bandung (by train)
Staying at Karmilla Hotel di Bandung berbaloi.. Kami bukanlah cari tempat yg mewah tapi cukup untuk dijadikan tempat berehat dan bermalam yang selesa. Lokasi strategik di Jalan Dago memang tepat. Instead of harga yg murah suasana shopping juga aku ambil kira sebagai pengalaman menarik... (LUMAYAN SIH...) beberapa hari di bandung dgn kesibukan jalan nya yg tidak teratur namun masih cukup menyenangkan... Inilah yang dikatakan shopping heaven... kegilaan aku bershopping kala itu buat aku tidak mahu lepaskan peluang untuk berbelanja... name it sure u can get it cheaper.... Tidak lupa kenangan aku pada makanan Kedai BU'DE @ Plaza Dago yg buat aku jilat jari. Di mana kami pergi disitu juga berkenalan kerana mereka cukup menghargai tetamu (itulah yg harus kita pelajari) walaupun kita masih perlu berhati2 dengan tipu muslihat org yg bisa memanfaatkan kita sebagai orang luar. Satu lagi pengalaman berharga menaiki motosikal bersama karyawan dari Hotel Karmilla pasti aku tidak lupa. Kegilaan menaiki motosikal dgn pemandangan traffic yg seperti sudah tiada aturan pada mulanya membuat aku rasa sedikit cuak namun bila masa lagi nak cuba... aku turutkan kata hati aku bonceng jugak... perasaan takut berganti seronok. Tambahan dingin d Bandung (bak Cameron Highland) buat aku terus makin seronok.


Pemandangan Kota Bandung dari Jambatan
Greenlight Boutique (Cihampelas Mall)

Naik motor...
Perjalanan balik ke Jakarta selepas 2 malam di Bandung menggunakan TAXI begitu biasa. Senario jugak lebih kurang sama seperti di highway semenanjung Malaysia. Astika hotel kat Jalan Mangga Besar dah tunggu kedatangan aku. Dari dingin Bandung d Jakarta segalanya beda. Kota Besar dgn kepadatan penduduk begitu menyesakkan. Bunyi, udara dan air semuanya telah dicemari. Itulah Indonesia. I mmg dah expect that so tak la heran sgt lagipun sambutan org Indonesa sgt bagus... Satu yg ketara di Indonesia samda di Jakarta mahupun Bandung adalah taraf hidup. Yg miskin mmg ketara hidup susah dan yang senang pula begitu mewah. Memetik kata2 seorang pemandu teksi semasa di Jakarta... "kami kerja 24 jam sehari untuk cari makan jauh sekali untuk hidup mewah" membuatkan aku mensyukuri apa yg aku ada hari ini.


BAJAI


BAJAI on the road


@ Tanah Abang

Selain shopping, Jakarta menjanjikan keseronokan 'night life' yang berterusan sehingga ke pagi. Gerai2 makan di sepanjang jalan sentiasa berpengunjung. Jalan raya tak pernah sunyi. Keriuhan peminta sedekah di sepanjang jalan (tumpuan pada traffic light) begitu beza dengan bandung yg dipenuhi oleh pemuzik jalanan. Keasyikan muzik juga boleh didapati di mana2 club yg antaranya ada dibuka 24 jam. Pilih saja apa minta kamu, dangdut atau disko, sekadar berkaraoke atau mahu hiburan live band. Sedikit sebanyak aku kenal erti hidup... ttg mengejar masa, ttg mengejar harta dan untuk terus hidup.


Palnet Hollywood Jakarta


From left : Tono, Dwi, Echa & Dany (Thanx Amal for taking this photo)


Hard Rock Cafe Jakarta
Malam ini aku bercerita ingatan aku masih di sana. Dalam hati aku mahu ke sana lagi. Kangen pada Bandung yg dingin... kangen pada Jakarta yg sentiasa berpesta....
Aku bertuah menjejakkan kaki ke sana namun aku masih belum puas utk terus meneroka bumi itu.

2 comments: