Monday, July 6, 2009

TRANSFORMERS 2 : Revenge Of The Fallen







Isnin (26 Jun) aku cuti... masa tengah berehat kat rumah (after settle semua hal yg patut) Amal sms ajak g tengok movie ni... dia ajak aku ngan Azlan sekali... Masa menonton adalah tayangan jam 530ptg kat Metrowealth (Riverside Kuching). Aku yg kepenatan tersasar dari masa janji untuk jemput Azlan ngan Amall (very sorry for that) tertidur sbb penat sgt... but thank god tak lepas waktu tayangan



Aku bukan lah penggemar filem aksi atau robotik mcm ni, tp aku ok jugak kalau sekadar menonton. Mula2 agak boring namun pertengahan cerita aku kira not bad... Menarik apabila filem aksi ini punya unsur humour yg blh buat aku gelak.



Berbaloi bayar untuk harga tiket tengok movie ni sbb pengolahan yang menarik. Seperti dpt rasa robot2 itu wujud sehinggalah filem ini tamat aku dapati filem yg realistik masih on the top of my list...



Kesimpulan movie ini menarik untuk d tonton sebagai hiburan tapi bukanlah untuk aku hayati sepenuhnya... moment dlm filem ini cukup untuk aku rasa segar tp belum cukup untuk aku berfikir secara lebih realistik. Overall i still had a good time.... Movie ini memang menarik walaupun jiwa aku bukan untuk cerita yg sebegini....


Lepas nonton kitaorg gi makan kat SCR Express. Leka bercerita tak sedar balik umah dah lebih jam 10pm....







Diary Of A Sex Addict




Sedutan Diary Of Sex Addict (Spanish)



Aku tengok movie ni minggu lepas tp baru sekarang ada masa nak share kat sini...Mula2 i thought it is just a semi porno tp bila aku dah tengok movie ni i get more than that... bukan lucah but something to learn...


Walaupun sesetengah org anggap sex itu terlalu peribadi atau bukan lah satu soal untuk dibicarakan tp bagi aku sex adalah sebahagian dari kehidupan yang kadangkala harus dibincangkan. Selebihnya adalah terpulang untuk diri kita menilai samda untuk menganggap sex itu sebagai satu simbol yang lucah atau sex itu adalah satu keindahan yang punya rasa dan blh jadi satu bencana... kesimpulan nya kita lahir dari hubungan sexual sepertimana yang kita tafsir...


Diary of Sex Addict mengajar aku untuk lebih menghargai setiap diri sendiri dan setiap pergerakan dan perilaku kita haruslah dihargai. Sekali lagi about being in control supaya aku dan kita semua tidak terus lupa dan hanyut... Sepertimana aku salu ingatkan teman2 to pull a little bit when we realize that were giving too much...

Thursday, June 25, 2009

Night Talk

This week aku salu lepak minum malam2... tak kisah la mana2. Talking with friend sambil minum dan tgk scenario malam... i dont know kenapa aku in a mood to do that sdgkan dulu kalau nak keluar malas jer rasanya...
Dua malam sebelum g minum kat Chillipeppers Satok ngan Azlan (malam tu dah dpt title Mrs Johnny) dan Amal. What a wonderfull night.... Wah Amal bukan main lagi siap berisyarat nak rebut takhta Mrs Johnny but the best girl win.... Seronok sgt malam tu sambil gelak2.... Lepas minum kita tak gi balik terus tp kita gi carik DVD. Azlan ckp nak beli dvd. Kat kedai DVD salesman tu tanya la kalau kitaorg nak tgk movie 5 star so aku punya la lurus tanya balik best ker cerita tu sbb aku tak dgr pulak ada cerita baru tu kat mana2... Rupa2nya yg dimaksudkan adalah film low budget (blue)... wah mudah sgt nak dapat dvd blue and now im wondering kenapa budak2 sekolah rendah pun dah mengerti tgk blue film.... kami balik tanpa satu dvd pun sbb kat situ choice macam tak best jer.
Last night pulak night talk ngan Minan, dia beria2 nak story satu cerita hangat... aku pun bukan kepo sangat tp dlm hati perasaan ingin tahu memang meluap2.. hihihi life is for sharing so rasanya tak salah nak ambil tahu... kitaorg lepak kat Heritage Garden... dan satu mamat ni ketara mcm nak show something kat kitaorg. dari gaya duduk dia sengaja nak attract kita berdua... motifff duduk terkangkang. mula2 kitaorg datang dia duduk ok jer tp once aku bertemu pandang ngan dia dia mula buat2 aksi.... (ketara sangat sbb tu aku cerita). Dari pasal cerita hangat (story tu kena sensored sbb dikhuatiri mengaibkan) hinggalah kepada cerita Alice in Wonderland.... Alkisah sorang member yg berangan dan suka sangat mereka2 cerita... aduh penatlah layan member mcm tu.... After all kita terima dia seadanya sebagai kawan dan tak perlu sgt nak tunjuk betapa 'mewah'nya diri dia tu.... hasil selidik rupanya terlebih kuah dari sudu.....
Berpijak lah di bumi nyata dan jgn mengadakan apa yg bukan hak kita akhirnya nanti pasti memerangkap diri...
Ingat pepatah Sepandai2 tupai melompat ke tanah jugak jatuhnya.... FIkir2kanlah teman...
Malam ni pulak satu lagi sesi night talk... aku cadang Amal lepak kat rumah jer tp dia ajak keluar minum2... kita pun ajaklah Azlan join sekali... Bulan cerah kitaorg gerak la. Destinasi pertama temankan Azlan yg almost kebulur sbb blm dinner (tp yg herannya dia buat statement on diet namun melahap jgk.... apa jadi dear? hihihi....) Kitaorg dinner kat Khatulistiwa. sambil melihat panorama beginner of Kuching Waterfront... al kisah selain dari view sungai dan kawasan perkampungan seberang sungai adalah mamat2 lepak on a row kat dpn kitaorg... yg meluatnya ada sorang pompuan kat situ yg perasan lawa dgn bangganya jadi bunga di kalangan kumbang yg ramai dan kaki ngorat tu... (wahhhh cik adik tak takut gang bang ker???)
Satu lagi peristiwa menarik, datanglah couple ni duduk kat meja sebelah..... celebrate birthday rupanya. Seronok that girl dapat hadiah... pastu member si pakwe tu dtg join sekali so 3 in 1 la skrg.... dgn excited si girl ni tadi bukak la present yg dia dpt. Sekali terkejut jgk kitaorg dia tiba2 jerit gini.... "CUTENYAAAAAAAAAAA" wah ingatkan dapat yg betul2 la special rupanya set notebook Winne The Pooh.... Tolong la.... benda tu tak sesuai la utk akak!!! kenapa excited sgt sehingga memalukan diri bila semua org menoleh? Alahai terfikir jgk aku hadiah tu untuk dia ker, utk anak atau adik bongsu dia? Aku rasa nak tergelak pun ada tp nak buat cam mana itu yg diaorg suka....
Moralnya ikutlah kesesuaian kita... Takyah la nak biarkan org ramai tahu (sebaik2nya bukak la kat rumah takpun takyah jerit mcm dapat menang loteri) kerana akhirnya kita bakal mengundang senyum sinis org sekeliling....
Tak nak balik lagi kitaorg lepak dulu kat LOK LOK. Apalah org sebelah tu nak kesahkan sgt ngan kitaorg??? bila aku duduk aku terdengar sok sek dia ckp kat member dia gini alahai.... sopan nya duduk (sounds like insulted)...... aduhhhhhh perlu ker ko kesah abang? ko makan jer la after alll kita bayar sendiri aku duduk sopan ko yg perhatikan jauh sekali aku yg nak over acting....
KItaorg lepak situ jap sekali ngan 2 ekor anjing liar yg merayau2 kat situ (gerun jgk bila terfikir gimana kalau tiba2 anjing to lampat kat meja kitaorg... hihihi) kitaorg layan jer air mata kucing ngan LOK LOK walaupun sekali sekala usikan dari meja abg2 yg tak berapa nak handsome tadi menyampuk perbualan kitaorg....
Night Talk aku rasa memang berbaloi hasil nya aku lupa kejap penat selepas 9 jam berada di pejabat dan lumayan jugak berkongsi cerita dan gelak bersama teman selain...
very inspiring and make u think more about life....
Thanx guys for sharing ur story with me and i will never forget our laugh..... im expecting more time to spend together.....

Wednesday, June 24, 2009

Kangen

Since few month lately till now aku sering dengar plan percutian ke Jakarta. For so many reason ramai yg tanya aku if aku nak join dioarg. Tiket penerbangan yang murah, beautifull places, shoppings heaven, great culture n lifestyle dan etc.... mcm2 alasan nak ajak aku gi bercuti ke sana termasuk la betapa boleh bermanja ngan cowok2 indon yg ganteng.... but sorry guys aku dah pergi pun Jakarta dan Bandung MAC 2009 (few month sudah).... walaupun dah beberapa bulan berlalu tp masih segar lagi utk dikongsi.... pengalaman dan gambaran semasa di sana masih jelas sementelah itulah kali pertama aku jejak kaki ke luar negara (nak g pijak salji lambat lagi kot.....).
Penerbangan malam Air Asia (thanks to make everyone can fly) 26/03/09 bersama Amal dan Dany buat aku lebih excited nak tgk sendiri mcm manalah rasanya berada d Indonesia... Penginapan pertama di Grand Tropic Suites amat menyenangkan apalagi bilik yg aku booked melalui travel agency d Kuching (thanx Melissa of sun travel) dinaiktaraf ke eksekutif.... Apartmen 2 bilik serba lengkap make a very good first impression about Jakarta. Ketibaan yg telah lewat, kami hanya berehat di bilik untuk persiapan ke Bandung keesokan nya. Lepak2 mengenal wang Rupiah Indonesia buat aku rasa betapa mewahnya diri ini menggenggam jumlah jutaan...
Keindahan pagi di Jakarta membuat aku lebih berkobar2 untuk perjalanan ke Bandung menaiki keretapi eksekutif. Perjalan 2 jam lebih ini menyajikan aku dgn view yg buat aku rasa tenang sambil dengar cerita dari Ani (ani jati Jakarta) kebetulan duduk disebelah. Sedikit terganggu dgn keasyikan Ani bercerita membuat penghayatan ku pada panorama kampung tani di kawasan pergunungan yg berbukit.Bbut anyhow nyata keramahan Ani jgk memberi aku info berguna.

Train Station

Paddy field

Nice view on my way from Jakarta to Bandung (by train)
Staying at Karmilla Hotel di Bandung berbaloi.. Kami bukanlah cari tempat yg mewah tapi cukup untuk dijadikan tempat berehat dan bermalam yang selesa. Lokasi strategik di Jalan Dago memang tepat. Instead of harga yg murah suasana shopping juga aku ambil kira sebagai pengalaman menarik... (LUMAYAN SIH...) beberapa hari di bandung dgn kesibukan jalan nya yg tidak teratur namun masih cukup menyenangkan... Inilah yang dikatakan shopping heaven... kegilaan aku bershopping kala itu buat aku tidak mahu lepaskan peluang untuk berbelanja... name it sure u can get it cheaper.... Tidak lupa kenangan aku pada makanan Kedai BU'DE @ Plaza Dago yg buat aku jilat jari. Di mana kami pergi disitu juga berkenalan kerana mereka cukup menghargai tetamu (itulah yg harus kita pelajari) walaupun kita masih perlu berhati2 dengan tipu muslihat org yg bisa memanfaatkan kita sebagai orang luar. Satu lagi pengalaman berharga menaiki motosikal bersama karyawan dari Hotel Karmilla pasti aku tidak lupa. Kegilaan menaiki motosikal dgn pemandangan traffic yg seperti sudah tiada aturan pada mulanya membuat aku rasa sedikit cuak namun bila masa lagi nak cuba... aku turutkan kata hati aku bonceng jugak... perasaan takut berganti seronok. Tambahan dingin d Bandung (bak Cameron Highland) buat aku terus makin seronok.


Pemandangan Kota Bandung dari Jambatan
Greenlight Boutique (Cihampelas Mall)

Naik motor...
Perjalanan balik ke Jakarta selepas 2 malam di Bandung menggunakan TAXI begitu biasa. Senario jugak lebih kurang sama seperti di highway semenanjung Malaysia. Astika hotel kat Jalan Mangga Besar dah tunggu kedatangan aku. Dari dingin Bandung d Jakarta segalanya beda. Kota Besar dgn kepadatan penduduk begitu menyesakkan. Bunyi, udara dan air semuanya telah dicemari. Itulah Indonesia. I mmg dah expect that so tak la heran sgt lagipun sambutan org Indonesa sgt bagus... Satu yg ketara di Indonesia samda di Jakarta mahupun Bandung adalah taraf hidup. Yg miskin mmg ketara hidup susah dan yang senang pula begitu mewah. Memetik kata2 seorang pemandu teksi semasa di Jakarta... "kami kerja 24 jam sehari untuk cari makan jauh sekali untuk hidup mewah" membuatkan aku mensyukuri apa yg aku ada hari ini.


BAJAI


BAJAI on the road


@ Tanah Abang

Selain shopping, Jakarta menjanjikan keseronokan 'night life' yang berterusan sehingga ke pagi. Gerai2 makan di sepanjang jalan sentiasa berpengunjung. Jalan raya tak pernah sunyi. Keriuhan peminta sedekah di sepanjang jalan (tumpuan pada traffic light) begitu beza dengan bandung yg dipenuhi oleh pemuzik jalanan. Keasyikan muzik juga boleh didapati di mana2 club yg antaranya ada dibuka 24 jam. Pilih saja apa minta kamu, dangdut atau disko, sekadar berkaraoke atau mahu hiburan live band. Sedikit sebanyak aku kenal erti hidup... ttg mengejar masa, ttg mengejar harta dan untuk terus hidup.


Palnet Hollywood Jakarta


From left : Tono, Dwi, Echa & Dany (Thanx Amal for taking this photo)


Hard Rock Cafe Jakarta
Malam ini aku bercerita ingatan aku masih di sana. Dalam hati aku mahu ke sana lagi. Kangen pada Bandung yg dingin... kangen pada Jakarta yg sentiasa berpesta....
Aku bertuah menjejakkan kaki ke sana namun aku masih belum puas utk terus meneroka bumi itu.

Tuesday, June 23, 2009

MALAM MINGGU dan SI CANTIK (cantik ker???)



ME & AZLAN (top photo) @ Planet Sambal (20/06/09)

Malam minggu lepas aku gi keluar ngan Azlan... nak cuci mata malam minggu sambil makan2.... Lama jugak tak jumpa so we spend that sunday night together...Both wearing black white kita pun ronda2 Kuching triangle... fun... full of laugh.... and nice view...

Spot utama kuching golden triangle mmg puas cuci mata.Ddari anak muda tempatan yang kaki lepak to tourist yang 'can do' mmg buat rasa tak rugi keluar malam tu... sambil cari2 port best nak dinner we both ambik peluang cuci mata... as result kitaorg g Planet Sambal ( as Alan's wish kononnya nak merasa environment baru) mungkin sbb takut tumpah peluh kat Raja Penyet (he experienced that a night before).

Luckily ada seat at the smoking area since tempat tu masih in an opening mood dan mmg la crowd... meanwhile tunggu order nak dijadikan cerita Azlan asked me about one 'girl' yg duduk kat bar side. Aku toleh nampak cleavage bontot sah mmg girl tp Azlan sangsi (ala.... manakan jauhari tak mengenal manikam). Tp i thought that is the end story about him/her tp suddenly dia datang tanya kat Lan if he can share table sbb nak online and he need to seat there untuk dapatkan soket... Lan tgk aku so aku cakap ok jer...(isn't that rude and not nice to say NO if the asked in a good way...) dia senang hati move ke table kitaorg dgn gaya yg tidak cool (kelam-kabut sikit) sampai terlupa handphone kat bar table... apa tidaknya sambil tu dia pindah sambil tu dia bercakap sambil tu jgk dia sibuk nak pinjam lighter in other hand rokok dahpun terselit kat jari...

Dia mulakan sesi perkenalan dengan baik. my impression masa tu "what a good PR..." kecik nya dunia dia rupanya junior Azlan satu kursus kat UiTM (mass comm student) and no wonder he had a good PR... tgk muka pun lawa cuma mungkin kelam kabut sikit at the first time mencacatkan personaliti dia... dia pun bukak cerita dgn gaya dan kitaorg pulak jd pendengar... cerita dia berlarutan and im waiting for the moment dia cool down but... alangkah lebih cantik nya dia kalau dia boleh tenangkan diri dan bercakap dgn lebih teratur... sah2 aku dan Azlan tak perlu nak tgk gaya tangan dan libasan rambut dia.... cukuplah mendengar cerita dia yg ttg si cantik dan ttg pelbagai jenis hormon (i'm wondering if that is a good issue utk sesi perkenalan yg belum sampai tempoh 30 minit?)
Dia tumpang table kitaorg then dia terus bercerita NON-STOP, aku kira O.K jer nak buat hiburan sementara tunggu order... makanan sampai tp dia terus bercerita... sampai ke satu part kawan dia dtg dan diorg take another chair... wahhh aku dah mula rasa betapa 'queen'nya budak ni... tp kesian dia masih muda dan mungkin excited kot.... dia mula cakap sampai berpeluh sbb kat itu kawasan smoking area mmg panas sikit... dia bukak laptop purba dia and still bercakap tanpa henti sehinggalah kitaorg habis makan dan kitaorg jgk dgr conversation dia ngan kwn dia dan itu membuatkan aku sedikit lucu (perbualan betapa bodohnya dia tak pakai high heel dan tunggu another friend of him hantar high heel utntuk dia - mungkin diaorg plan nak g clubbing kot...). masih tak cukup kitaorg dgr lagi perbualan telefon dan manja yg cukup untuk didengar d meja sebelah antara dia dgn pakwe dia on the phone.... oh dunia dengarlah betapa bahagianya dia.... dan aku senyum sumbing sbb nak kongsi kebahagiaan kenalan baru ku itu.... almost time kita ready nak blah dia pun tukar table ngan member dia sbb ada vacant kat table lain... maka sekali lagilah aksi nomad ala2 suasana backstage menjadikan aku saksi....
Aku dan Azlan gi kaunter bayar dan keluar... again we talked about teman baru itu dan aku cakap kat Azlan dia mmg cantik and figure dia yg petite itu membuatkan dia mmg girly....
Dalam hati aku "no doubt dia mmg cantik... tetapi alangkah lebih cantik nya dia kalau dia buat things right seperti yang sepatutnya dibuat oleh org cantik yg lain..."

Aku punya pandangan sendiri.... cukupkah sekadar cantik tetapi cukup rimas apabila didekati... pentingnya untuk kita to be in control... rasanya aku punya perspektif yg berbeza untuk menilai siapa yang cantik.... first impression jugak bukanlah sesuai utk kita nilai seseorg itu.... akhirnya aku dapati yg cantik itu lebih indah kalau ada kematangan dan kawalan diri yg sepatutnya.....

Kalau kita boleh jaga kulit supaya cantik.... jangan sekali kita lupa jaga suara dan tingkah laku supaya org tak menyesal untuk labelkan kita sebagai org yg cantik on their first impression.

YANG CANTIK SEPATUTNYA INDAH DAN MENYENANGKAN...

Monday, June 22, 2009

Perempuan Berkalung Sorban


Perempuan Berkalung Sorban Trailer

Wahai kaum ibu, kakak dan adik....please be concern on where you should stand... dunia ini tidak menempatkan kamu di bawah ketiak suami untuk memuaskan nafsu mereka sahaja atau hanya dijadikan sebagai mereka yang terus tunduk dan menyerah malah darjatmu adalah untuk disanjungi, dihormati dan disegani... kerana mulianya wanita maka itu syurga itu di bawah telapak kaki ibu (yg pastinya seorg perempuan...) - KIN

Perempuan Berkalung Sorban (DVD) is one of my wish list on my visit to Jakarta & Bandung (mac 09') namun gagal untuk ditemui... sehinggalah hari ini akhirnya aku lihat juga perjuangan wanita ini mempertahankan kebebasan untuk wanita. Watching this movie teach me to be more concern not only about FREEDOM but to RESPECT and LISTEN...
Thanks to En Ramzi for the DVD (pinjam kejap jer...)

Me & Blog...

(PHOTO WITH AZLAN)

Akhirnya aku punya blog sendiri...kerap jgk dgr member tanya if i had any tp skrg jawapan aku dah berbeza dari sebelum ni....

Aku dah sedia nak kongsi cerita... dah sedia nak bagi org explore dan kenal....
Kalau dulu jawapan standard malas nak punya blog sebab takder benda nak dicerita walhal banyak dlm hidup kita yg perlu kita kongsi...

Apa yg aku rasa sekarang dah jadi penting dan tak salah kalau nak dikongsi....
Lupakan kepada yg suka nak baca atau tidak tp yang pasti aku nak punya kebebasan untuk suarakan apa yg aku rasa.... kerana aku jugak punya hak untuk rasa suka dan tidak....

Thanx to Azlan Mohamed for welcoming me to this world and for those yg sudi singgah to this page i promise u something more than a rubbish....

From my heart lets share something REAL...